Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 13 Disember 2010

Perlukah Cinta Remaja?

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi Abez la kan, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta tu. hehehe...
 
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana diorang mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan diorang.

Namun remaja sepatutnya mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Diorang sepatutnya mengikut perasaan remaja diorang dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya diorang tak tahu mengapa dan Kenapa diorang bercinta. Alam percintaan memanglah indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini  dah ibaratkan mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tak tahu apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin.ahahah... Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan
bukannya emosi. Setiap peristiwa ade permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, diorang pulak mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. akakakah.... matila semua laki nak lafazkan seribe kali sehari... Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.