HARAP MAKLUM
Bab 4:Apakah,Ini cinta?
PAGI itu cuaca sangat baik.Semua pelajar SMK Datuk Hussain berhimpun di tapak perhimpunan.Tapi pagi itu Hadi sakit kepala.Dia hanya menahan kesakitan di kepalanya hingga habis perhimpunan.Haziem,Amirul dan Amir hanya melihat Hadi yang asyik memicit kepalanya sendiri.
Sakit kepala Hadi semakin bertambah.Dia masuk ke kelas sambil memicit kepalanya.Dia menarik kerusi dan melabuh.
"Haziem baik kau pergi tengok Hadi tu.Aku tengok dia macam tak sihat jer.."suruh amirul.Haziem hanya mengikut kata Amirul.Dia terus ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan tempat duduk Hadi.
"Hadi kau okey tak?"sapa Haziem.
"aku sakit kepala lah... berdenyut dari tadi."
"owh... mari sini aku picitkan."haziem terus memicit kepala Hadi.
Hadi meletakkan kepalanya di atas meja.Haziem meneruskan memicit kepala Dia.Dia pun tak tahu kenapa dia sakit kepala pada pagi tu.
Norly masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang.Dia yang melihat Haziem memicit kepala Hadi mula risau.Dia terus menuju ke arah Haziem.
"Haziem!"Norly menegur dari belakang.
"Opocot!.. Hisy kau ni.Kalau ye pun bagi la salam."Haziem bangun dan menonjol kepala Norly.
"ye la.Assalamualaikum Haziem."Dahi Norly berkerut.
"ai,marah nampak. waalaikummussalam cik Norly."Haziem membuat Norly sakit hati.
(saje la tu nak buat aku sakit hati.sekali aku penampar.nasib baik kau laki.)desis hati Norly.
"tak marah pun.Hadi kenapa?"tanya Norly.Tiba-tiba muncul idea nakal Haziem.
"Dia ade barah otak.Tu pasal dia sakit kepala."Dengan serius Haziem berkata.
(baru kau tahu aku siapa.Hahahaha.)desis hati Haziem.
Norly mula gelisah.Haziem hanya melihat riaksi dia.Haziem hendak ketawa tapi ditahannya.
"Hahahahaha."Akhirnya Haziem tidak tahan bila idea dia menjadi.
"asal kau ketawe?"Norly mula hairan.
"sebab kau kene tipu.hahahahaha."ketawa Haziem didengar satu kelas.
"Kau gila ape!bende mcam tu kau buat main!terjadi betul-betul macam mane!"marah Norly sambil mencekak pinggang.
(eleh...cakap la yang kau sayang kat Hadi ni.Menyampah aku.)desis hati Haziem.
"Okey.Okey.Dah la.Malas aku nak layan kau.Kau picit kepala Hadi.Hari ni aku duduk tempat kau."Haziem terus mencapai beg sekolahnya dan bertukar tempat duduk.
Norly hanya mengikut arahan Haziem.Dia melabuh dan memicit kepala Hadi.Haziem tau yang Norly sayang kat Hadi tapi cuma Hadi tak perasaan.Waktu norly memicit kepala Hadi,Hadi sedang nyeyak di buai mimpi.Mungkin disebabkan sakit kepalanya yang membuat dia tertidur.Walaupun Hadi nyeyak tidur,Norly tetap memicit kepalanya.Tak kira jari lengguh tetap dipicitnya.Maklumlah Norly sayang sangat Hadi.
****
HADI yang tidur sudah mula sedar.Sakit kepalanya sudah hilang.Tapi kepalanya berat seperti ada tangan seseorang di atas kepalanya.Dia mengalihkan tangan Norly.Dia bangunkan kepalanya.Dia menenyeh-nenyeh matanya.Bila dia membuka mata,dia terkejut hingga kepalanya terhantuk di dinding bila Norly tidur disebelahnya.
"aduh."hadi mengaduh sambil mengosok-gosok kepalanya.
"oi..."sapa Haziem dari belakang.
"sedar pun kau.Nyeyak tidur sambil dipicitkan kepala oleh puteri daripada pagi tadi.hahahaha."sapa Amir yang duduk disebelah Haziem.
"Hadi,Norly memang sayang kau.Daripada pagi hingga tengahari sanggup memicit kepala kau.Sampai dia tak rehat."Amirul menceritakan tentang Norly.
"Kau dah okey ke belom?"Haziem bertanya.
"aku okey.bila mase kau tukar tempat duduk ni."
"dari pagi tadi."
Haziem,Amirul dan Amir beredar dari situ setelah cikgu memanggil mereka.Hadi yang melihat Norly yang nyeyak tidur berasa kesian.Dia mengejutkan Norly.Hadi menepuk perlahan-lahan belakang Norly.
"Norly.Bagun Norly."
Norly Sedar daripada tidur.Dia cuba menggeliat tapi jarinya sakit.
"aduh..."Hadi terus menarik tangan Norly.
"hah.tengok kan dah sakit jari ni."Jawab Hadi sambil mengurut jari Norly yang sakit disebabkan dia.
"awak okey?"tanya Norly.
"saya okey.thanks sebab picitkan kepala saya.tapi awak,kenapa sampai tak pergi makan."Hadi mencuit pipi Norly.Muka Norly mula kemerahan.
"sebab...sebab..."Norly tergagap-gagap untuk menjawab.
"sebab awak sayang saye kan"Hadi dapat menangkap ape yang bermain difikiran Norly.Norly tersenyum tersipu-sipu.Hadi mengurut jarinya sambil melihat wajah Norly.Mereka membisu seketika.
"Lain kali jangan buat macam ni lagi tau.Nanti malam ni saya belanja awak makan.okey?"Hadi menjawab sambil mencuit dag Norly.Muka Norly bertambah merah.
"okey."
****
Malam itu Hadi memakai Tuksedo berwarna Hitam.Segak betul Hadi malam itu.Hadi dah berjaji dengan Norly hendak keluar makan malam bersama Norly.Hadi memanaskan enjin keretanya.
"segak adik akak malam ni."adira membetulkan Tuksedo Hadi.
"tengok orang la."
"eleh...lagi hensem abg Shahir."
"yela.. okey Hadi pergi dulu."Hadi mencium tangan akaknya dan memulakan perjalanan ke rumah Norly.
BMW new series kepunyaan Hadi masuk ke laman rumah Norly.Didalam kereta Hadi melihat ibu bapa Norly duduk didepan rumah.
"aduh... ibu dan ayah dia ade pulak.karang aku tak keluar macam tak okey pulak.Baik aku keluar."Hadi membuka pintu keluar daripada keretanya.
"Hadi sini,duduk dulu."Datuk Ahmad memanggil Hadi setelah hadi keluar daripada kereta.
Hadi terus ke arah Datuk Ahmad dan Datin Zaliha.Hadi bersalam dan mencium tangan ibu bapa Norly.Dia melabuh di atas kerusi.
"Hadi,Mak cik nak pergi panggil Norly.Hadi tunggu kejap ye."Hadi menganguk.Datin Zaliha terus masuk ke dalam rumahnya.
"Hadi apa khabar?ayah sekarang kat mana?"
"Alhamdullillah sihat Pak cik.Ayah sekarang kat New York ade urusan kerja."
"owh....Ni segak-segak ni nak makan malam kat mane?"
(aduh....soalan cepumas.)desis hati Hadi.
"tak tau lagi."Hadi menjawab dengan rasa bersalah.Dia hendak bawa Norly makan di rumahnya sebenarnya.
Norly pun keluar daripada pintu rumahnya.Hadi yang melihat Norly bergaun merah terpesona melihat kecantikan Norly.
"Hai...apa lagi.pimpin la Norly ke kereta kau yang mahal tu.Tak kan kaku kot."Nurul menghentikan terkaku Hadi.Nurul ialah kakak kepada Norly.
Hadi dan Norly mencium tangan Datuk Ahmad dan Datin Zaliha.Hadi terus memimpin Norly ke keretanya.Hadi sungguh tak sangka Norly sungguh cantik.Dia dan Norly hanya membisu didalam kereta.Hanya lagu Ku Ada Kamu yang memenuhi suasana didalam kereta.
****
SAMPAI sahaja didepan rumah Hadi,Dia mematikan enjin keretanya.Norly hanya hairan mengapa dia membawa ke rumahnya.Hadi keluar daripada kereta dan membuka pintu untuk Norly.Apibila Norly keluar Hadi menutup mata Norly dengan kain berwarna hitam.Dia memimpin Norly haingga ke bawah pokok palm.Hadi membuka kain yang menutup mata Norly.Dibawah pokok palm telah tersedia meja yang beralas ,kerusi beralas dan makanan telah disediakan.
"Silakan duduk tuan puteri."Hadi menarik kerusi untuk Norly.
"Terima Kasih."Norly melabuh.
Hadi memetik api untuk menyalakan lilin diatas meja itu.Bintang berkerlipan , Bulan bercahaya dan lilin mengeluarkan wangian menjadikan lebih romantik.Hadi melabuh.Hadi melihat Norly dengan tajam sekali.Norly mula tersenyum tersipu-sipu dan mukanya mula merah.
(Apa yang aku rasa ni.kenapa aku rasa sayang kat dia lain macam pulak ni.hemmm...apakah,ini cinta aku?)desis dalam hati hadi.
"kenapa awak pandang saya macam tu?"Norly hanya tertunduk.
"kenapa tak boleh."Hadi hanya melihat sahaja.
(hensemnye dia malam ni.lain daripada yang lain.hemmm...)desis hati Norly.
"cantik awak malam ni.Jelita."Dengan suara romantik.
"awak pun apa kurangnya...hensem.."Norly memandang Hadi.
"saya suka mata awak yang coklat tu."
"saya pun su....ka.... dengan mata awak yang hitam tu."dengan suara manja.
(owh...melawan.)desis hati Hadi.
Saya sayang awak." muka Norly bertambah merah.
"Awak sayang saya?"
"ye."
"Awak sayang saya?"
"ye saya sayang."
"Awak sayang saya?"
"ye saya sayang Norly Ardila."
"saya sa...yang..... awak sangat-sangat."
Hadi tersentap bila Norly berkata begitu.Baru pertama kali Norly meluahkan perasaannya terhadap Hadi.Tapi kata-kata Hadi tadi Sayang macam mana.
"Dah la.Mari kita makan.Nanti sejuk pulak Mee saye masak ni."
"awak masak?"
"ye."jawab Hadi sambil mencuit pipi Norly.
Mereka makan bersama-sama malam itu.Tapi mata Hadi tidak beralih daripada melihat Norly yang cantik pada malam itu.Hadi sayang Norly macam mana.


