Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 8 Disember 2010

Bab5:Apakah,Ini Cinta?


 HARAP MAKLUM

Bab 5: Apakah,Ini Cinta?

"HADI...bangun."Adira mengetuk pintu bilik Hadi tetapi Hadi masih di buai mimpi.

Adira memulas tombol pintu bilik.Dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk mengejutkan Hadi supaya ke sekolah.

"oi...bangun.Pergi sekolah."Adira menarik bantal di kepala Hadi lalu di pukul-pukul kat Hadi.

"ala...malas la nak pergi sekolah."Hadi menjawab sambil mengeliatkan badan.

tangan kiri Adira mencekak pinggangnya.tangan kanannya pula menonjol kepala Hadi.

"hei...Hadi tu sekolah lagi.Kau jangan nak ngada-ngada."

Hadi tidak mempedulikan kata-kata Adira.Dia cuma hanya menyabung tidurnya.Tiba-tiba muncul idea nakalnya.Mukanya pergi dekat dengan telinga Hadi dan....

"bangun!!!"Adira menjerit di telinga Hadi.Jeritan Adira menyebabkan telinga Hadi berdesing.

"aduh...Boleh pekak telinga Hadi."

Hadi bingkas bangun dari katil lalu mengambil tuala dan terus melangkah kaki ke bilik air.Adira pun melangkah kaki keluar dari bilik Hadi.Dia turun ke bawah menuju ke temapat Ibunya iaitu Datin Zima.Dia duduk disebelah Ibunya.

"apa yang bising tadi."

"tak ada apa-apa la ibu.cuma Hadi,liat nak bangun."

"Ibu,bila abah nak balik?"tanya Adira

"mungkin 2 minggu lagi."

"owh.."

Di dalam bilik,Hadi berfikir tak mahu ke sekolah.Dia hanya memakai baju biasa.Dia mencapai handsetnya di atas meja sebelah katilnya lalu menhantar pesanan kepada kawan-kawannya.

TO:Haziem:Amirul:Amir

Assalamualaikum...Hari ni tak payah pergi sekolah.Jom town-town Muar city.Aku ambik korang.
Tidak lama kemudian selepas Hadi menunaikan solat subuh.Dia menerima pesanan daripada kawan-kawannya.

FROM:Haziem

Okey!

FROM:Amirul

Chantek!aku on jerk! hha..

FROM:Amir

No problem!Cepat ambik!tak sabar dah ni! hehehe

Mereka semua bersetuju.Hadi terus mencapai jaket,topi dan kunci keretanya lalu melangkah keluar daripada biliknya.Hadi melangkah turun tangga rumahnya. Adira hairan melihat Hadi berpakaian biasa.Dengan dahi berkerut sambil memeluk tubuhnya dia bertanya kepada Hadi.

"Hadi nak pergi mana?" tanya Adira dengan perasaan mula nak marah Hadi.

"Hadi nak keluar,jalan-jalan.Nape?" Hadi dengan selambanya menjawab.

"Bukan Hadi sekolah hari ni!Apasal Hadi pakai baju biasa!"Adira menengking Hadi.Dia mula naik angin tapi Hadi menambah perasaan marahnya.

"eh....sejak bile akak ambik tau pasal Hadi! 4 tahun akak tak ambil tau pasal Hadi! asal sekarang akak! asal sekarang!" Hadi menengking Adira balik.

Air mata Adira mula mengalir.Dia terkejut melihat Adiknya sendiri biadap dengan dia.Adira terus menampar Hadi.

"Hadi! Akak kat sane belajar Hadi... belajar!"Adira menjawab sambil menangis.

"hey apasal ni...Hadi , Adira.Kenape ni."Datin Zima yang mendengar pertengkaran Hadi dan Adira cuba menghentikan pertengkaran mereka.Tetapi Hadi tidak mengendahkan.

"owh!belajar sampai surat,e-mail Hadi send tak balas!Hadi call tak angkat!memang tiada masa ke!"

"Stop it!Hadi!" Shahir menghentikan kata-kata Hadi.Hadi melangkah keluar daripada rumah.Adira hanya terduduk sambil menanggis bila Hadi berkata begitu.Hadi terus masuk ke dalam kereta dan terus keluar daripada halaman rumahnya.Datin Zima cuba menenangkan Adira.

"Akak jangan ambil hati sangat dengan Hadi.Dia mungkin tak faham lagi keadaan akak."

"Sayang okie."Shahir menyeka air mata Adira tetapi air matanya tetap mengalir.

"Dah la tu..Shahir bawa isteri kau masuk ke bilik."Datin Zima menyuruh Shahir membawa Adira masuk ke biliknya.Tanpa bantahan,Shahir terus mendukung Adira masuk ke bilik.

Air mata Hadi masih mengalir.Dia berasa bersalah terhadap akaknya.Dia masih marah akaknya yang selama 4 tahun tidak pernah membalas surat dan e-mailnya.Sambil dia memandu dia masih teringatkan janji akaknya padanya.Pada masa itu Hadi baru tingkatan 2 dan Adira baru lepas kahwin dengan Shahir.

Hadi dan Datuk Wan hanya memerhatikan Datin Zima yang menangis sambil memeluk kakaknya.Selepas itu,Adira datang kepada Hadi.Masa itu muka Hadi masam. 

"Asal muka adik kakak masam aje ni?"

"akak dah nak pergi jauh.Nanti Hadi takde kawan la kat rumah."Hadi memuncungkan mulutnya. 

"Akak nak pergi belajar la Hadi."Adira terus memeluk Hadi.Datuk Wan,Datin Zima dan Shahir hanya memerhati dengan hati yang pilu.

"Nanti Hadi hantar surat atau e-mail tau.Akak janji,akak balas."

"Janji ni."

"Janji."

Selepas itu Hadi menghantar e-mail,surat dan menelifon kakaknya tetapi semua sia-sia.Hadi kecewa dengan kakaknya yang mungkir janji.

****

HAZIEM , Amirul dan Amir hairan melihat Hadi menangis.Mereka membisukan diri daripada Hadi mengambil mereka.Hanya lagu yang memenuhi suasana.Haziem berkerut Dahi.

(Dia ni apasal menangis.Kene sampuk jembalang ke.) Desis hati Haziem.

"kau ni kenape Hadi,daripada tadi menangis."

"Ha'ah.dah macam perempuan."

"cuba kau cerita kat kitaorang.Mane tau boleh kite tolong."

"a..ku...a..ku.. gaduh dengan akak aku pagi tadi.Aku tak sengaja menengking dia."Hadi menjawab sambil teresak-esak.

"la...aku ingat kau kene sampuk hantu la tadi...Asal kau tengking akak kau?"Amir dan Amirul ketawa kecil begitu juga Hadi bila Haziem berkata begitu.

"aku pun tak tahu."Hadi mula reda.Dia menyeka air matanya.

"korang dah makan?"tanya hadi kepada Haziem,Amirul dan Amir.Dia tau kawan-kawan dia sudah lapar.Tapi sengaja ditanya Hadi.

"belum,asal kau nak belanje ke?"Amirul bertanya sambil mengangkat-angkat keningnya.

"wah....laju ea kau kalau bab makanan."usik Haziem.Hadi dan Amir hanya ketawa.

"hahaha....tak kan kau tak tau Haziem.Kawan kite sorang nie kan kuat makan.Tu pasal perut dia besar."

"oi!cakap tu baik-baik la sikit.Perut aku kau jangan sebut.Sekali aku tumbuk.Maut kau."Amirul menunjukkan buku limanya kepada Haziem dan Amirul.Hadi hanya terus memandu dan membawa kawan-kawannya makan.

Di sekolah Norly asyik tertanya-tanya mana Hadi pergi.Dia sebenarnya ingin menayakan sesuatu kepada Hadi.Hari itu dia hanya memikir saja.Suzira dan Farah adalah kawan baiknya.Norly duduk sambil merenung diluar tingkap.Sampai dia tidak sedar akan kehadiran kawannya.

"oi!" Farah menyergah Norly sehingga melatah.

"kau ni kenape beb.asyik termenung jer."Suzira bertanya kepada Norly.

"kau ade masaalah ke."Farah pula bertanya.

"aku pelik lah...asal diorang tak datang ."

"sape?"Farah dan Suzira bertanya dengan serentak.

"Hadi,Haziem,Amirul dengan Amir la...sape lagi yang tak hadir dalam kelas kite."

"owh...ini kes rindu la ni kan.kau rindu kat Hadi kan?"Farah bertanya.Norly hanya tersenyum saja.

"betul la tu..ala kau tak payah nak risaulah..dia lelaki,tau la dia nak jage diri."jawab Suzira.

Suzira dan Farah sudah tahu yang Norly bukan fikirkan Haziem,Amirul dan Amir tapi fikirkan Hadi.Hatinya asyik tertanya-tanya ke mana Hadi telah pergi.

Fikiran Hadi asyik tertanya-tanya tentang kelakuan dia pada kakaknya.

"oi...kita town-town bandar,makan,tgk wayang,jamming...pastu nak pergi mana pulak?"Haziem menghentikan fikiran Hadi.

"nak pergi mana?"

"eh...aku tanya kau.kau tanya aku balik."

"apa kata ,kita balik.Dah tengahari dah ni.Budak sekolah pun dah balik.Nanti mak aku ceramah aku pulak.Dah la pagi tadi ceramah bukan main panjang lagi."

"wei,jom la balik."Amirul dan Amir mula resah.

"yela...yela..kita balik."jawab Hadi.

"kau taakpe ke Hadi.yela,pagi tadi kau gaduh dengan akak kau."Haziem risau akan sepupunya yang sedang mempunyai masaalah.

"ala...ni Hadi la.Berani buat berani tanggung.Lagipun ni masaalah aku,kau tak payah risau.Tahu la nanti aku nak handle."jawab Hadi.

Hadi hanya terus menumpukan perhatian memandu keretanya.Kawannya juga risau akan Hadi.Tapi mereka kenal Hadi.Kalau dia dah buat kesalahan,dia sendiri akan bertanggung jawab.Tapi apa akan terjadi kalau Hadi pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.