Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 16 Disember 2010

Bab 7 : Apakah, Ini Cinta?


HARAP MAKLUM - persamaan NAMA-NAMA di dalam novel ini sekadar HIBURAN & FIKSYEN sahaja, TIDAK LANGSUNG melambangkan REALITI mana-mana INDIVIDU. NOVEL ini hanya HIBURAN sahaja. SELAMAT MEMBACA!

Bab 7 : Apakah, Ini Cinta?

SUASANA dalam kelas 5 Science 1 senyap seketika apabila tuan pengetua sekolah itu masuk ke dalam kelasnya iaitu Tuan Haji Zainal Abidin. Seperti biasa, dia akan mengajar Add Math. Subjek yang paling Hadi tidak suka. Mata Hadi berkeliaran untuk melihat kawan-kawannya dan juga disebelahnya, Haziem. Masing-masing dahi berkerut. Selepas itu, Amirul selaku ketua kelas memberi salam kepada Tuan Zainal.

Setelah diperintahkan duduk oleh Tuan Hj.Zainal, Hadi berdesis.

"Adooi... Ni yang leceh ni kalau orang tua ni masuk. Dah la aku tak faham apa dia ajar." desis Hadi dengan perlahan. Haziem yang terdengar desis Hadi pun berkata.

"Tahu tak pe. Macam tak ade orang lain nak masuk. Asalkan Add Math  je, Ade muka dia. Asalkan muka dia je, ade Add math. Naik muak aku tengok muke orang tua ni. Bagi la Cikgu  perempuan yang cun ke.. ni tak orang tua yang mengajar.." kata Haziem.

"kalau cikgu perempuan yang cun... fuhh! ape dia ajar masuk otak beb!" kata Hadi. Mereka berdua ketawa kecil.

Norly yang duduk di hadapan terpandang Hadi dan Haziem yang berbual.

(asallah si Hadi dan Haziem tu... herm... tak suka lah tu kalau Cikgu Zainal masuk. Apalah nak jadi dengan diorang tu.) desis hati Norly.

Sememangnya subjek Add Math memang susah nak difahami. Hadi dan Haziem hanya mendengar sahaja tapi langsung mereka tak faham. Berbeza pula Amir dan Amirul. Mereka minat dengan Add Math. kalau Hadi dan Haziem tak faham. Amir dan Amirul lah tempat mereka bertanya. 

****

SETELAH selesai kelas Add Math.

"Pergh!! langsung tak masuk otak aku. Macam mane ni Ziem. SPM lagi 5 bulan." keluhan Hadi.

"Relex-relex.. Cool... Amir dan Amirul kan ada.. mamat dua ekoq tu buleh ajar kita Add Math ni aih..." kata Haziem.

Hadi berasa hairan dengan Haziem. Tiba-tiba saja keluar loghat P.Pinang.

"pasai pa hang keluar loghat Pulau Pineng ni... hang demam ka.. mesti ada apa-apa ni.. habak mai kat cek.."

"wah kau punye lagi pekat.. aish... ade la.. secret.." Jawab Haziem.

waktu mereka sedang rancak berbual, Norly datang menuju ke arah mereka.

"uik... sembang ape?" sapa Norly.

"lak alahai... kau ni tak reti bagi salam ke... hantu pun pandai bagi salam." perli Haziem

"assalamualaikum cik abang semua.. sembang ape?" 

"hahaha... korang ni kalau jumpe tak gaduh boleh tak... padahal satu kelas. tak delah Norly.. ni hah, Haziem tibe-tibe cakap loghat Pulau Pineng... hahaha.."

"owh... Ashfyra la tu. Ashfyra kan orang pulau pineng. tu pasal dia try cakap loghat pulau pineng...hehehe." jawab Norly.

"owh! patut lah.... rupanya sapupu aku sekarang ni sedang angau Bercintan... ahaha..." usik Hadi.

"kau ni Norly tak leh simpan rahsia.." Haziem menarik mukanya memandang ke arah lain dan memucungkan mulutnya.

"sorry... sorry... sorry..." Kedua telapak tangan Norly bertakup untuk memohon maaf.

"tak nak kawan kau 2 abad."

"kalau tak nak.... tak pe lah... tapi..."

"tapi ape?" Hadi dan Haziem menayakan soalan dengan serentak.

"tapi tak dapat lah lagi aku nak satukan kau dan Ashfyra... cian Ashfyra, keseorangan la dia lagi."

Haziem yang mendengar kata-kata Norly itu, menelan air liur dan terus menarik balik kata-katanya sebentar tadi. Mereka senyap sebentar. Hadi sedang memusing-musing pembarisnya. Norly asyik tengok Hadi. Haziem pula melihat mereka berdua.

(hai.... Norly macam ada something wrong jer... herm... tengok muka dia pun aku dah tahu..) desis dalam hati Haziem

"okie la,,, aku nak pergi dekat Amir dan Amirul. Malas nak kacau korang. Okie di aku chow dulu." kata Haziem. Dia pun berlalu pergi.

Setelah Haziem pergi ke Amir dan Amirul. Hadi masih kusyuk bermain dengan pembarisnya. Norly hanya melihat saja Hadi.

"oi, Amir, Mirul. Hari ade drama ala-ala korea." beritahu Haziem kepada Amir dan Amirul.

"ape kau merepek ni." kata Amir.

"kau ni. tu tengok tu." Haziem menunding jarinya ke arah Hadi dan Norly. Amir dan Amirul terkejut bila melihat mereka berdua seperti ada something wrong.

"wah... ade drama ni. tak ley lepaskan." kata Amirul. Mata mereka bulat melihat Hadi dan Norly.

Hadi dan Norly, masing-masing masih membisu diri. Haziem, Amir dan Amirul hanya melihat  dari jauh.

(apa nak buat ni. Nak tanya ke tak nak tanya. kalau tak tanya melepas kau Norly.) desis hati Norly.

Hadi masih bermain dengan pembarisnya. Dia langsung tak menghiraukan Norly. Mungkin dia hanya menunggu Norly berkata sesuatu kepadanya.

"Awak. Tanya sikit boleh." Norly sudah mula bersuara.

"tanyalah."

"tapi awak jangan marah."

"la... tanya jer... saya tak akan marah awak lagi. kan saya ade janji dengan awak."

"erm... awak... awak... "

Tiba-tiba, Suzira dan Farah datang menyergah Norly daripada belakang dan membuatkan Norly terlepas kata-katanya.

"awak sayang saya macam mana?" Norly terus menekup mulutnya. 

Farah dan Suzira bertepuk tangan apabila Norly meluahkan perasaan di depan mereka. Haziem, Amir dan Amirul terus ke arah mereka. Akhirnya Norly telah luahkan kata-katanya. Apabila Haziem, Amir dan Amirul sampai ditempat Hadi dan Norly. Mereka bertanya kepada Farah dan Suzira apa yang terjadi. Selepas Farah dan Suzira menceritakan. Mereka semua tergelak kecuali Norly.

"ape lagi Hadi. cakap la cepat. aku tak sabar ni." Kata Amirul.

"eh kau ni. kau pulak yang lebih-lebih." marah Suzira. 

"asal, kau cemburu ke.  kau nak aku luahkan perasaan aku kat kau." Amirul memandang ke arah Suzira.

"eh! plez la! ngan kau! er...! not my taste!." marah Suzira kat Amirul.

"ele.. jual mahal pulak minah ni. tak nak diam." Amir menghentikan pergaduhan Amirul dan Suzira.

Mereka semua senyap sebentar. Hadi kali ini memandang Norly dengan tajam. Norly pula tertunduk bila Hadi pandang begitu tajam dengannya. Norly hanya menunggu sahaja jawapan Hadi.

"saya..." Hadi bersuara.

"ape-ape." Haziem, Amir dan Amirul mendekatkan kepalanya dengan Hadi. Tiba-tiba, kepala  mereka diketuk oleh Farah dan Suzira. 

"korang ni gelojoh la. Kalau iye pun, bagi dia jawab dulu. bongok!" marah Farah.

Haziem, Amir dan Amirul hanya mengosok-gosok kepala sendiri. Mana tidaknya, kalau diketuk kepala oleh Suzira dan Farah memang sakit. 

"Saya sayang awak sebagai...."

"sebagai ape, sebagai ape?" kali ini Haziem, Amir dan Amirul tidak lagi diketuk kepala. Hanya ditutup mulut mereka oleh Farah dan Suzira. Senyap sikit.

Norly masih ternanti jawapan dari mulut Hadi. Dia hanya tunduk dan dahinya berkerut. Hadi hanya memandang Dia. Hadi tahu bahawa dia nak sangat Hadi katakan yang dia sebagai...

"Saya sayang awak sebagai kekasih hati saya." terus terang Hadi bercakap.

Terbeliak mata Norly bila Hadi berkata begitu sambil memandang muka Hadi.

"Betul?" tanya Norly

"Ye, awak kekasih saya sekarang." jawab Hadi.

Haziem, Amir, Amirul, Farah dan Suzira bertepuk tangan kegembiraan. Hadi hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya. Sudah lama Hadi tidak mempunyai kekasih. Hadi sebenarnya teringatkan kata-kata abangnya 'Jangan sampai terlepas. kalau terlepas dah tak ada makna'. Akhirnya Norly telah berjaya menawan hati Hadi.

****

LOCENG sekolah telah berbunyi. Hadi mengemas buku-buku tulisnya yang ada di atas mejanya. Lepas itu Hadi menyangkut beg sekolahnya di bahu. Sebelum Hadi sampai di keretanya. Tiba-tiba Haziem memanggil sambil berlari ke arahnya.  Dia meminta tolong dengan Hadi sesuatu yang penting.

Semasa Hadi memandu keretanya keluar daripada sekolah, Dia terlihat Norly yang seperti menunggu sesuatu di pondok telifon awam. Dia menghentikan keretanya dihadapan sedikit supaya Norly tidak perasan. Semasa Norly sedang menelifon seseorang, Hadi mendengar rungutannya.

 "ish... asal pak cik Man tak angkat ni. aku dah telifon banyak kali dah ni. aduh... sape la nak ambik aku."

"saya boleh." sapa Hadi.

"eh. Hadi, tak balik lagi ke?" tanya Norly sambil tersenyum kepada Hadi. Dalam hati dia mula sejuk bila melihat muka Kekasihnya muncul.

"tak, ade hal sikit kat dalam sekolah tadi."

"owh...."

"jom la, saya hantarkan." pelawa Hadi.

"eh. tak pe, tak pe. nanti menyusahkan awak aje..."

"mana ade. kalau awak tak nak tumpang, kecik nanti hati saya." jawab Hadi. Dia memasang jerat pada Norly, supaya terima pelawaannya.

"erm... okie la... saya tumpang.Tapi, betul tak menyusahkan awak?" tanya Norly balik.

"betul la. dah la, jom." Hadi terus memegang tangan Norly dan menjemput Norly masuk ke dalam keretanya. Akhirnya jeratnya menjadi.

Sewaktu dalam kereta, mereka hanya membisu. Tidak tahu apa nak cakap. Hanya 'Lagu Kita' yang memecahkan suasana. Semua bermain dalam fikiran. Hadi hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sekali sekala tu, ada la juga dia melihat Norly.

Sampai di depan rumah Norly, mereka berdua turun daripada kereta. Sebelum Norly masuk ke dalam rumahnya, dia menayakan sesuatu kepada Hadi.
"Betul ke awak sayang saya." tanya Norly.

Belum sempat Hadi menjawab, Norly berlari masuk ke dalam rumahnya. Hadi hanya mengaru-garukan kepalanya. Dia pun masuk dalam kereta dan pulang ke rumahnya. Apabila Norly sudah menjejak kakinya di rumahnya, Datin Zaliha dan Pak Man terkejut bila melihat Norly balik.

"eh. Budak ni. masuk tu bagi la salam." sapa Datin Zaliha.

"assalamualaikum mak, pak man." jawab Norly. Dia memeluk maknya.

"hai... lain macam je ni. Ada pape ke. hah, kamu naik dengan sape tadi?" tanya maknya.

"dengan my super hero..." jawab Norly.

"sape super hero tu?" tanya maknya.

"secret." jawab Norly. Norly terus beredar menaikki tangga rumahnya untuk ke biliknya.

Pada hari tu Norly Bahagia sangat. Akhirnya hadi menerima seadanya. Dia sengaja tanya Hadi seperti itu tadi. Supaya dia dapat dengar Hadi selalu cakap sayang kat dia.

****

Sampai di rumahnya, Hadi turun daripada keretanya. Adira sudah berdiri di depan pintu rumahnya. Hadi  hanya melihat kakaknya daripada garaj keretanya dengan penuh rasa terkejut.

(hai... macam marah je kakak aku tu. ish! tak kan pergi sekolah marah, tak pergi sekolah marah. argh! janji aku tak akan melukakan hati kakak aku lagi.) desis hati Hadi.

Hadi melangkah kakinya sampai ke depan pintu rumahnya yang kakaknya sedang menunggu.

"Adik pergi mana tadi? lambat balik." tanya Adira dengan muka yang tiba-tiba tersenyum.

(aih... tadi nampak marah, ni okey dah. herm... mesti something wrong ni.) desis hati Hadi.

"Hadi pergi hantar kawan akak..." jawab Hadi. Dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah. tiba-tiba langkahan Hadi berhenti apabila Adira berkat...

"kawan or girlfriend?" tanya Adira. sambil duduk di luar pintu rumahnya.

(alamak... tak kan akak aku tau. ish! tak mungkin la.)

"asal berhenti?" sapa Shahir.

Hadi melihat wajah Shahir dan Adira di sebelah kirinya sambil tersenyum. Senyuman yang ada makna bagi Hadi.

"girlfriend kan...." tanya Shahir.

Hadi menelan air liur. Dengan pantasnya dia berlari menuju ke biliknya. Shahir dan Adira hanya melihat saja gelagat Hadi. Yang peliknya, macam mana Abang dan Kakaknya boleh tau.

Selepas mandi dan solat. Dia baring di atas katil. Cahaya matahari menyinari biliknya.

"ish!Akak dan Abang ipar aku tu macam tahu je aku hantar Norly. Tak mungkin lah. Tapi mati lah aku! kalau ibu tahu ni, mesti tanya beribu kali kat aku." desis Hadi.

Di ruang makan Hadi dan keluarganya makan tengahari. Tetapi Adira, Shahir dan Datin Zima asyik tersenyum kat Hadi.

(ish! yang semua pandang aku ni kenape. mesti ade something wrong.) desis hati Hadi.

"ni kenapa pandang Hadi ni... nak ape?" tanya Hadi. Dia mungkin tak selesa bila dipandang sewaktu makan.

"Hadi..." Ibunya bertanya dengan suara manja.

"aih... lain macam je ibu."

"Ibu tanya, hadi jawab."
"erm... apa dia?" Hadi menayakan sambil mengambil gelas di sebelah pinggangnya lalu minum.

"siapa gadis yang Hadi hantar tadi?" Tanya Ibunya.

Hadi yang terkejut mendengar soalan Ibunya tersembur kepada Shahir. Habis muka Shahir terkena.

"Ya Allah, Hadi. habis kene suami akak." kata Adira.

"tu lah.. mengitip Hadi lagi." kata Hadi.

"hehehe... tak sengaje. mase tu ter intip." kata Shahir.

"Banyaklah dia punye tak sengaje." marah Hadi. 

Shahir terus ke bilik air untuk mencuci mukanya. Adira meneman Shahir. Hadi pula terpaksa cari jalan untuk mengelak daripada menjawab soalan ibunya. Tetapi tak berjaya. Dia terpaksa menceritakan kepada Adira, Shahir dan Ibunya. setelah selesai Hadi mencerita.

"Ibu..." kali ini Hadi bersuara manja.

"erm... dah tau dah..." jawab Ibunya.

"Ibu dah tahu ape?"

"Adik kau ni macam biasalah. Nak keluar mesti mintak duit."

"ish, Hadi ni,,, akak baru nak ajak Hadi jumpe dengan Abang Daus and Akak Ema." Kata Adira.

"itu tahun depan ley  pergi." usik Hadi.

"Hadi...." Adira buat suara manja.

"yela, yela... esok kite pergi." jawab Hadi.

"Hadi nak pergi mana lepas ni?" tanya Shahir.

"entahlah. Haziem yang mintak hadi ikut dia ke sesuatu tempat. Kali ni dia ambil."

Kemana Haziem hendak bawa Hadi pergi ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.