Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 13 Disember 2010

Bab6 : Apakah, Ini cinta?


HARAP MAKLUM - persamaan NAMA-NAMA di dalam novel ini sekadar HIBURAN & FIKSYEN sahaja, TIDAK LANGSUNG melambangkan REALITI mana-mana INDIVIDU. NOVEL ini hanya HIBURAN sahaja. SELAMAT MEMBACA!

Bab 6 : Apakah, Ini Cinta?

HADI masih dalam kekeliruan kerana dia tidak tahu sama ada dia yang salah atau kakaknya. Siapakah yang sebenarnya bersalah dalam hal ini. Mungkin Hadi patut faham akan kakaknya yang belajar di luar negeri.

Kereta dipandu Hadi sudah masuk ke laman rumahnya. Dia meletakkan keretanya di garaj kereta. Dia tidak keluar daripada kereta tapi dia bersandar pada kusyen keretanya sambil memegang kepalanya.

"Apa aku nak buat ni. Mesti Ibu dan Abang Shahir marah aku ni. Habis la lepas ni, taik telinga aku mesti cair punye la. Herm... masuk senyap-senyap sudah." desis Hadi.

Dia keluar daripada kereta. Dia menutup pintu dengan perlahan. Dia sudah masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan dia menuju ke anak tangga. Tapi malang sekali, tidak sempat Hadi nak menjejakkan kakinya ke anak tangga, telinganya di tarik oleh Ibunya.

"Adoi! Ibu ape ni."Hadi mengaduh kerana telinganya di cubit oleh Datin Zima.

"Oh..nak lari! kau sini!" Datin Zima menarik telinga Hadi hingga ke sofa. Datin Zima kali ini betul-betul marah dengan sikap Hadi yang biadap dengan kakaknya.

(Habis la kau Hadi! Ibu dah nak mula ceramah! argh! somebody help me!) desis hati Hadi.

Sedang Ibunya memarahinya. Hadi mengeluarkan telifonnya dengan senyap-senyap. Langsung Ibunya tak perasan akan kelakuan Hadi itu. Dia menghantar sms kepada Haziem.

TO:HAZIEM

Ziem! tolong aku! call aku cepat!

Selepas itu Haziem call Hadi. Rupa-rupanya itu saja cara Hadi nak melepaskan diri.

"alhamdullillah! Thanks Ziem! kau dah selamatkan aku tau tak."

"asal? cite la."

"Ibu aku la. Tadi dia tengah ceramah aku. Jadi aku saje nak suruh kau call. Nak lepaskan diri."

"ahahaha...memang gelige la otak kau. Nanti aku nak wat jugak la kalau kene ceramah dengan mak aku."

"well, tengok orang lah. okey la. any way thanks cause call aku."

"okie."

Setelah selesai bersembang di dalam telifon dengan Haziem. Dia terus naik ke tingkat atas rumahnya. Dia  tiba-tiba berhenti di depan biliknya. Dia mendengar seseorang sedang menangis. 

(adoi... kesian kat akak.. baik aku pergi minta maaf..) desis hati Hadi.

Dia masuk ke dalam bilik kakaknya. Dia melihat kakaknya masih menangis dengan menutup mukanya dengan bantal. Dia duduk melabuh di kerusi makeup di dalam kakaknya. Dia mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Akak, Hadi minta maaf." Hadi rasa dia yang salah dalam hal ini kerana tidak memahami kakaknya sedang belajar di luar negeri waktu itu.

"Akak, Hadi tau, Hadi yang salah. Hadi ni adik yang tak berguna untuk akak." tiba-tiba Adira bangun dan Hadi begitu terkejut muka kakaknya begitu merah.

"Hadi tak baik cakap macam tu. Akak Dira maafkan Hadi." Adira memeluk Hadi kerana adiknya telah faham akannya.

"eh...akak! akak demam ni!" 

Sewaktu Adira memeluk Hadi. Dia berasa Adira demam panas. Dengan pantas Hadi mendukung Adira untuk di bawa ke klinik. Shahir tiada di rumah kerana ada urusan kerja.

"Hadi! kau nak bawak akak pergi mana!"

"Akak demam panas ibu. Hadi nak bawak ke Hospital." Hadi masih mendukung kakaknya. Adira masih lemah waktu Hadi mendukung.

"Hah. Pergi cepat. Jangan bawak kereta laju-laju. Nanti Ibu datang dengan Abang."

Hadi memasukkan Adira di dalam keretanya. Hadi menyentuh kepala dan dahi adira berkali-kali. 

"Hadi, akak okie." kata Adira

"tak akak tak okie. ni semua salah Hadi." kata Hadi.

Hadi terus memecut keretanya dengan air matanya mengalir. Tiba di Hospital, Adira pengsan dan tak sedarkan diri dalam kereta. Hadi mendukung hingga ke katil mengusung pesakit. Tiba di satu pintu bilik kecemasan, Hadi tidak dibenarkan masuk. 

****
HUJAN mula turun. Hadi, Datin Zima dan Shahir masih di ruang menunggu. Mereka hanya mampu berdoa. Hadi hanya menangis dan menyalahkan diri. Ibunya mengosok-gosok  belakangnya untuk menenangkan diri. Shahir mundar-mandir menunggu isterinya.

"Ni semua salah Hadi. Kalaulah Hadi tak degil tak kan jadi macam ni. Hadi adik tak bergune!kalau apa-apa terjadi kat akak Hadi tak kan maafkan diri Hadi" Hadi menyalahkan dirinya.

"Hadi, jangan cakap macam itu. Ini semua takdir. Mungkin ada Hikmah disebaliknya. Ingat Allah Hadi. mengucap." Kata shahir.

"Ya betul cakap abang kau tu. Ini dah ditakdirkan oleh Allah." Datin Zima masih mengosok-gosok belakang Hadi. Badannya mula panas tapi biasa saja.

Tiba-tiba seorang Doktor datang menepuk bahu hadi.

"Awak Hadi?" tanya Doktor Daus

"Ye saya." Hadi bangun sambil menyeka air matanya.

"Tak usahlah awak menangis. Kakak awak selamat."

"DAUS!" tiba-tiba Shahir menjerit nama Doktor itu.

"Eh! Shahir! ya allah lama tak jumpe kau." mereka berpelukkan.

"Ini adik aku. Akaknya isteri ku. ahahah." 

wajah muram Shahir bertukar menjadi gembira apabila bertemu dengan rakan baiknya sewaktu belajar di new zealand. Daus ialah kawan baik kepada shahir dan mereka duduk satu bilik sewaktu di new zealand.

"Kau dah kahwin rupanya. Tak ajak aku pun." usik Doktor Daus.

"nak ajak kau macam mane dah no telifon kau tak bagi , alamat pun tak bagi."

"lupe. eh pergi la tengok isteri kau tu."

"ya Allah. hampir lupe pulak. ahahah."

mereka semua melangkah kaki ke wad Adira. Hadi terus ke arah Adira. Dia memeluk Adira  dan pelukan Hadi di balas.

"Akak Hadi mintak maaf." Air mata Hadi mengalir. Adira melepaskan pelukan Hadi.

"Akak dah maafkan. Dah.... jangan menangis. Nanti tak handsome la muka adik akak ni." 

Datin Zima, Shahir dan D.Daus hanya tersenyum melihat mereka berdua. Mereka berdua diumpamakan 'Air dicincang tak akan putus' sentiasa bersama walaupun bergaduh besar.

(mungkin inilah Hikmahnya. Aku dan Adira dapat bertemu kembali Daus. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Hadi.) desis hati Shahir.

"Jom makan. Dah lama tak berbual dengan kau." Daus dan Shahir keluar dari wad itu.

Betul kata-kata Shahir semua ini ada hikmahnya. Dia dapat berjumpa lagi dengan rakannya.

****
HUJAN sudah berhenti. Daus membawa makan di Restoran DAMA. Shahir sangat gembira pada waktu itu. Dia akan belanja Daus makan.

"wah... restoran mahal ye kau bawa aku."

"hah...restoran ni ada sesuatu kau perlu tahu. Sekejap lagi kau akan tahu."

"apa dia?"

Tiba seorang pelayan datang kepada Daus. Pelayan itu memanggil Daus Tuan. Shahir mula hairan.

"awak tolong panggilkan saya Pemilik kedai ni."

Pelayan itu hanya mengikut perintah Daus. Shahir makin hairan. Tidak lama kemudian Pemilik restoran itu datang.

"Assalamualaikum suamiku." Ema mencium tangan Daus.

"EMA! ya Allah, terima kasih ya Allah. korang dah kahwin rupanya." shahir sangat bersyukur kerana bertamu dengan dua rakan baiknya.

"Eh, Aku pun macam kau dengan Adira. bercinta sampai berkahwin." Kata Daus.

"wah. kau dah kahwin dengan Adira. aku nak jumpa dia." Kata Ema.

"Eh, nanti dulu. Ambik pesanan dulu." Usik Daus

"Ye la."

Pada hari itu, Shahir sangat gembira. Dia betul hendak berjumpa Hadi selepas itu. Disebabkan Hadi dia dapat bertemu dengan rakan-rakannya. Ema ialah kawan baik Adira. Mereka tinggal satu bilik sama seperti Daus dan Shahir. Daus dan Shahir membawa Ema berjumpa Adira pada hari itu. Apabila Ema berjumpa dengan Adira, muka Adira begitu gembira. Mereka semua mengucapkan terima Kasih Kepada Hadi. Ada la jugak Ema sempat bertanya kepada Adira.

"Wow, Hensem and cute la adik kau ni." kata Ema.

"well, tengok akaknya pula." kata Dira. tiba-tiba Daus menyampuk.

"hey...hey... jangan nak ngada-ngada. Sini lagi cute." Kata daus. selepas itu terbahak-bahak mereka ketawa.

Hadi juga gembira dapat bertemu Daus dan Ema. Barulah Hadi tau kenapa Adira tidak boleh balas semua Hadi send. Mereka punya universiti tidak dibenarkan menguna alat perhubungan ketika di sana.

****
ADIRA dapat pulang pada hari itu juga. Perasaan gembira di wajah mereka, jelas terpancar. Malam itu Hadi duduk di tempat biasa dia, Di bawah pokok palm. Kali ini dia membawa laptopnya untuk menulis diarinya.

Kehadapan HADIRA,

Hari ni aku rasa macam hari kehancuran bagi aku. Ini semua salah aku. Kalau aku datang sekolah, tak akan jadi semua ini. Hermm...tapi kebahgian datang balik. Semua ni ade hikmah rupanya. Abang Shahir dan Akak Adira dapat berjumpa dengan kawan baiknya di universiti dulu, Abang Daus dan Akak Ema. Diorang ni orang baru dalam hidup aku. Diorang ni sporting gile. Best dapat jumpe dengan diorang. Okie la. Aku rase setakat itu jer aku dapat cerita.

Lepas sahaja Hadi menaip. Tiba-tiba telifonnya berdering. Dia menerima pangilan daripada Norly.

"eh.. Apasal dia call." Hadi menekan punat menerima.

"Assalamualaikum, Buat apa?" tidak sempat Hadi memberi salam. Norly dulu yang memberi salam.

"waalaikummussalam, tak buat apa pun."

"awak...tanya sikit boleh?"

"tanyalah."

"Nape awak tak datan sekolah tadi?"

"aik... sejak bile dia ambil tahu pasal aku ni." desis Hadi.

"apa awak cakap tadi. tak bape dengar la."

"tak. Saya kurang sihat."

"owh." tiba-tiba Hadi tersenyum nakal seorang diri.

"kenapa. dah rindu kat saya ke?" dengan selamba Hadi bertanya.
"Alamak! macam tahu-tahu jer aku rindu kat dia."desis Norly.

"apa awak cakap tadi."
"tak de pape."

"okeylah. Assalamualaikum sayang." Hadi dengan sengaja mengeluarkan perkataan 'sayang'.

Norly bangun terloncat-loncat di atas katilnya. Tiba-tiba Norly terjatuh daripada katil.

"adoi."

"eh.. ape benda yang jatuh tu?" 

" tak ada apa-apa. cuma buah nangka jatuh. Okeylah. Waalaikummussalam."

Norly terus mematikan telifon dia. Sakit memang sakit tapi dalam Hatinya bersorak riang. Baru pertama kali Hadi memanggilnya sayang.

"ceyh... Baru sebut sayang dah jatuh. Itu belum aku cium. herm.. asal aku ada rasa sayang kat dia."desis Hadi.

"cakap dengan siapa tadi. macam special jer." Shahir sebenarnya dah lama mendengar Hadi berbual di telifon.

"eh...Abang Shahir. Cakap dengan kawan jer. tak special pun."

"yeke. Kawan or Girlfriend?" Soal Shahir.

Hadi tersenyum melihat Shahir. Dia pun menceritakan tentang Norly. Shahir hanya mendengar sahaja. Shahir hanya tersenyum melihat selepas menceritakan kepadanya. Sebelum dia beredar, dia berkata pada Hadi.

"Hadi, Jangan sampai terlepas. kalau terlepas dah tak ada makna." Setelah itu shahir beredar. Hadi cuba bertanya tetapi Shahir sudah jauh daripadanya.

****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.