Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 27 Disember 2010

Bab 8 : Apakah, Ini Cinta?




HARAP MAKLUM - persamaan NAMA-NAMA di dalam novel ini sekadar HIBURAN & FIKSYEN sahaja, TIDAK LANGSUNG melambangkan REALITI mana-mana INDIVIDU. NOVEL ini hanya HIBURAN sahaja. SELAMAT MEMBACA!

Bab 8 : Apakah, Ini Cinta?

HAZIEM sudah sampai di depan rumah Hadi dengan kereta Skyline kepunyaannya. Dia menghon keretanya. Datin Zima yang mendengar hon kereta Haziem, lantas memanggil Haziem masuk ke dalam rumahnya dulu.

"Assalamualaikum, Mak ngah." Haziem tunduk mencium tangan ibu sedaranya.

"waalaikummussalam." jawab Datin Zima.

"Mak Ngah sihat?" tanya Haziem.

"sihat, alhamdullillah."

"Hadi dah siap ke belum mak ngah?"

"belum lagi, ade kat atas. pergi la tengok."

Haziem melangkah kakinya masuk ke rumah Hadi tanpa segan silu. maklumlah rumah sepupu dikatakan. Sebelum dia melangkah masuk ke bilik Hadi, Dia bertembung dengan Adira.

"oi, kau ni dah macam pencuri !" Adira ketawa.

"ala kak Dira ni. Diam la sikit. Nanti Hadi dengar kantoi la." jawab Haziem dengan dahinya berkerut.

"herm... yang kau nak bawa Hadi ke mana?"

"Secret la... can't tell anyone."

"why?" tanya Adira.

"because you is old. I and Hadi is young." jawab Haziem dengan selambanya. Adira menonjol dahi Haziem.

"hey!! I'm still young okie. kau ingat kau tu muda sangat. umur pun dah 17 tahun." marah Adira.

(ceyh! tak tua konon... perut tu dah ade anak masih ckap tak tua...) desis Haziem.

"hah! ape yang kau fikir tu."

"ade la..."

Sedang Haziem dan Adira ni bertekak. Hadi mula bangun dari tidurnya. Dia keluar sambil menguap.

"oi! memekaklah! orang tengah tido..." marah Hadi. Dia masih tak perasan Haziem yang datang umah dia.

Haziem yang melihat Hadi yang baru bangun tidur mula nak marah.

"oi! yang kau tido apasal! kan aku suruh kau siap!" marah Haziem balik.

Hadi menenyeh-nenyeh matanya. Terkejut dia bila lihat Haziem dah ade dalam rumahnya.

"alamak! sorry Haziem. Mata aku tak sengaja terlelap." jawab Hadi. Adira hanya ketawa sahaja.

"aduh... kau pergi la bersiap sekarang. aku tengok kau dah macam ape. aku tunggu kau kat bawah." suruh Haziem.

Hadi terus masuk ke biliknya. Haziem pula terpaksa bersabar dengan Hadi. Ye la, dia sebenarnya nak berjumpa seseorang. Hadi pun tak tahu mana dia nak bawa pergi.

Setelah Hadi sudah siap. Haziem pun mambawa Hadi dengan tergesa-gesa. Di dalam kereta Haziem hanya gelisah seperti ada sesuatu yang tak kena. Hadi pula rasa hairan dengan Haziem. Selama ini Hadi tahu Haziem suka bawa kereta perlahan tapi kali ni melebihi 120k/m sejam.

"oi! yang kau ni kenape. semacam jer aku tengok. kau nak bawak aku pergi mane." tanya Hadi

"tanjung la.... ape lagi." jawab Haziem.

"ade ape jer kat sane."

"kau ni banyak tanya la... ikut sudah."

Hadi terdiam sebentar. Tiba-tiba, Haziem tersenyum seorang diri. Hadi pun rasa begitu hairan.

(gile ape dia ni! tadi marah campur gelisah. ni tersengih-sengih sorang-sorang. ape kene lah ngan sepupu aku ni. tak leh jadi ni mesti siasat.) desis Hadi sambil tersenyum nakal.

"yang kau tersengih-sengih macam orang dapat anak ni kenape?" tanya Hadi.

"aku tengah bahagia." jawab Haziem. Hadi sudah mula tersenyum nakal untuk perangkap Haziem.

"ye ke, dari sudut mata akulah kan. kau ni angau sebenarnya."

Tiba-tiba Haziem membrek emergency. Habis kepala mereka terhantuk. Nasib baik tiada siapa yang cedera.

"adoi... yang kau brek emergency apasal !"

"dah kau mengejutkan aku dengan soalan tadi."

Haziem meneruskan perjalanan. Hadi hanya berdiam diri kerana takut sesuatu yang lebih teruk daripada tadi. lain kali jangan gangu orang sedang memandu.

* * * *

Sampai di Tanjung, Haziem Parking keretanya. Dia dan Hadi keluar daripada kereta dan melangkahkan kaki ke Tanjung.

"oi, kalau setakat nak jalan kat Tanjung ni.. baik tak payah."

"eh, kau ni nak tolong aku ke tak nak." kata Haziem.

"ye la, tapi nak tolong ape?" tanya Hadi.

Tiba-tiba Haziem terpandang gadis yang ingin dia bertemu. Dari belakang pun Dia sudah tahu. Hadi hanya melihat dia seperti terpaku saja. Dia menyeluk poket sakunya dan beri duit kepada Hadi. Dia seperti tidak kisah akan duit yang dia beri.

"nah, ambik duit pergi minum." kata Haziem sambil menyuruh Hadi pergi minum seorang diri.

(eh! ape kene ngan mamat ni. tadi suruh aku datang. herm.... messti siasat.) desis Hadi dan berlalu dari situ.

Haziem melangkah kakinya perlahan-lahan. Jantungnya berdegup begitu laju, Mukanya mula berpeluh. Gadis itu membelakangi dia.

(alamak! asal aku gabra pulak ni. fuhh! cool Haziem cool.) desis hati Haziem.

"assalamualaikum." sapa Haziem.

"waalaikummussalam." jawab Ashfyra sambil berpaling ke arah Haziem.

(ya allah! cair aku... cantiknya dia. Alamak! ni dah tak leh cool.) desis hati Haziem.

Ashfyra pelik melihat Haziem yang terpaku melihat dia. Ashfyra memetik jari di depan mata Haziem. setelah itu, Haziem cuba beredar tapi Hadi menghentikannya.

"eh.... kau nak pergi mana. Nak larikan diri. No,no,no. Aku tak akan biarkan." kata Hadi.

"hi Hadi." sapa Ashfyra kat Hadi.

"hai Ash. Owh,... patutlah Haziem iye iye bawak aku ke sini. rupanya nak jumpa ngan kau." kata Hadi.

"erm... dia yang ajak aku ke sini. dah lah datang lewat pastu nak lari pulak." rugut Ashfyra kat Hadi.

"eh.. yang pasal lewat tu, kau punye pasal. Tapi tak pe ni Hadi datang membantu." kata Hadi.

Mereka berbual begitu mesra sekali. Siap Ashfyra main tumbuk-tumbuk manja kat Hadi. Mereka langsung tidak menghiraukan Haziem.

(pergh!!! panas! panas! ni dah lebih ni! aku suruh tolong dia boleh bermesra pulak! nasib baik kau sedare aku! kalau tak aku dah cepuk muke kau!) desis hati Haziem yang sedang marah.

Haziem hanya terpaksa bersabar saja. Sehingga Hadi perasan yang dia melihat muka Haziem yang marah itu.

"alamak! Ash... Haziem marah la aku layan kau. pergi la kat sebelah dia." kata Hadi.

(alamak! ni keje gile... aiseymen. mati aku!) desis hati Haziem.

Ashfyra pun pergi ke sebelah Haziem. Selepas itu, Haziem dan Ashfyra mula mesra. Misi Hadi telah berjaya.

"Ash. kau datang dengan sape?" tanya Hadi.

Tiba-tiba seorang perempuan datang duduk sebelah Hadi.

"dengan saye..." jawab Norly seperti marah.

Hadi terkejut melihat bila melihat Norly ada bersama. Hadi melihat mata Norly. Dari matanya, Hadi sudah tau yang dia marah kepadanya.

"ohoi... bermain mata nampak..." usik Haziem

"eh... ly kau nape ni..." tanya Ashfyra.

"mesra nampak." kata Norly.

"owh..... pasal tu pun nak cemburu." tanya Hadi.

"haruslah." kata Norly.

Mereka semua ketawa. petang itu sangat indah. Mereka semua bahagia. maklumlah, orang sedang bercinta katakan.

* * * *

HADI dan Norly , Haziem dan Ashfyra ... semua pergi jalan-jalan arah lain. Hadi dan Norly dah tau yang mereka bercinta tapi Haziem dengan Ashfyra ni pulak macam mane ye.

"awak diam kenape?" tanya Ashfyra.

"tak tau nak cakap ape. diam je la." jawab Haziem.

"eh... Awak yang ajak keluar pastu awak pulak tak tau diam. benci." kata Ashfyra. Mulutnya muncung dan tidak memandang ke arah Haziem.

(ala, merajuk la pulak.... eh! baru aku teringat. Dalam blog Hadi kate kalau perempuan merajuk maknanya dia nak perhatian. WAH! alamat pertama sudah keluar. herm... Hadi cakap kalau nak pujuk perempuan ade macam-macam care... herm... cuba la yang ni.) desis hati Hadi.

"tak mau la muncung-muncung. Nanti tak cute la." pujuk Haziem.

"kalau saya tak nak muncung, belanja saye makan." kata Ashfyra.

(pergh!! betul cakap Hadi... kalau perempuan bab makan la diorang suka.) desis hati Haziem sambil teringat kata-kata Hadi.

"Nasi lemak boleh la." jawab Haziem sambil ketawa.

"tengok tu.." Ashfyra menarik mukanya ke arah lain.

"okey.okey.okey. Demi awak. Nak makan kat mana?"

"hah... tau takut. Ni yang saya sayang awak ni."

tersentap hati Haziem bila Ashfyra berkata 'sayang' kepadanya. Apa maknanya. betul- betul ke Ashfyra sayang Haziem?

Khamis, 16 Disember 2010

Lagu Aku berjaya disiapkan!


Akhirnya siap jugak lagu ni aku wat... terima kasih kepada HAZIEM yang telah memberi idea untuk wat lagu ini kepada aku... ehehehe.... sebenarnya dia yang banyak memberi sokongan kepada aku. Thanks kepada yang menyokong HADI juga... Suatu Hari Nanti . . ~ ~

Bab 7 : Apakah, Ini Cinta?


HARAP MAKLUM - persamaan NAMA-NAMA di dalam novel ini sekadar HIBURAN & FIKSYEN sahaja, TIDAK LANGSUNG melambangkan REALITI mana-mana INDIVIDU. NOVEL ini hanya HIBURAN sahaja. SELAMAT MEMBACA!

Bab 7 : Apakah, Ini Cinta?

SUASANA dalam kelas 5 Science 1 senyap seketika apabila tuan pengetua sekolah itu masuk ke dalam kelasnya iaitu Tuan Haji Zainal Abidin. Seperti biasa, dia akan mengajar Add Math. Subjek yang paling Hadi tidak suka. Mata Hadi berkeliaran untuk melihat kawan-kawannya dan juga disebelahnya, Haziem. Masing-masing dahi berkerut. Selepas itu, Amirul selaku ketua kelas memberi salam kepada Tuan Zainal.

Setelah diperintahkan duduk oleh Tuan Hj.Zainal, Hadi berdesis.

"Adooi... Ni yang leceh ni kalau orang tua ni masuk. Dah la aku tak faham apa dia ajar." desis Hadi dengan perlahan. Haziem yang terdengar desis Hadi pun berkata.

"Tahu tak pe. Macam tak ade orang lain nak masuk. Asalkan Add Math  je, Ade muka dia. Asalkan muka dia je, ade Add math. Naik muak aku tengok muke orang tua ni. Bagi la Cikgu  perempuan yang cun ke.. ni tak orang tua yang mengajar.." kata Haziem.

"kalau cikgu perempuan yang cun... fuhh! ape dia ajar masuk otak beb!" kata Hadi. Mereka berdua ketawa kecil.

Norly yang duduk di hadapan terpandang Hadi dan Haziem yang berbual.

(asallah si Hadi dan Haziem tu... herm... tak suka lah tu kalau Cikgu Zainal masuk. Apalah nak jadi dengan diorang tu.) desis hati Norly.

Sememangnya subjek Add Math memang susah nak difahami. Hadi dan Haziem hanya mendengar sahaja tapi langsung mereka tak faham. Berbeza pula Amir dan Amirul. Mereka minat dengan Add Math. kalau Hadi dan Haziem tak faham. Amir dan Amirul lah tempat mereka bertanya. 

****

SETELAH selesai kelas Add Math.

"Pergh!! langsung tak masuk otak aku. Macam mane ni Ziem. SPM lagi 5 bulan." keluhan Hadi.

"Relex-relex.. Cool... Amir dan Amirul kan ada.. mamat dua ekoq tu buleh ajar kita Add Math ni aih..." kata Haziem.

Hadi berasa hairan dengan Haziem. Tiba-tiba saja keluar loghat P.Pinang.

"pasai pa hang keluar loghat Pulau Pineng ni... hang demam ka.. mesti ada apa-apa ni.. habak mai kat cek.."

"wah kau punye lagi pekat.. aish... ade la.. secret.." Jawab Haziem.

waktu mereka sedang rancak berbual, Norly datang menuju ke arah mereka.

"uik... sembang ape?" sapa Norly.

"lak alahai... kau ni tak reti bagi salam ke... hantu pun pandai bagi salam." perli Haziem

"assalamualaikum cik abang semua.. sembang ape?" 

"hahaha... korang ni kalau jumpe tak gaduh boleh tak... padahal satu kelas. tak delah Norly.. ni hah, Haziem tibe-tibe cakap loghat Pulau Pineng... hahaha.."

"owh... Ashfyra la tu. Ashfyra kan orang pulau pineng. tu pasal dia try cakap loghat pulau pineng...hehehe." jawab Norly.

"owh! patut lah.... rupanya sapupu aku sekarang ni sedang angau Bercintan... ahaha..." usik Hadi.

"kau ni Norly tak leh simpan rahsia.." Haziem menarik mukanya memandang ke arah lain dan memucungkan mulutnya.

"sorry... sorry... sorry..." Kedua telapak tangan Norly bertakup untuk memohon maaf.

"tak nak kawan kau 2 abad."

"kalau tak nak.... tak pe lah... tapi..."

"tapi ape?" Hadi dan Haziem menayakan soalan dengan serentak.

"tapi tak dapat lah lagi aku nak satukan kau dan Ashfyra... cian Ashfyra, keseorangan la dia lagi."

Haziem yang mendengar kata-kata Norly itu, menelan air liur dan terus menarik balik kata-katanya sebentar tadi. Mereka senyap sebentar. Hadi sedang memusing-musing pembarisnya. Norly asyik tengok Hadi. Haziem pula melihat mereka berdua.

(hai.... Norly macam ada something wrong jer... herm... tengok muka dia pun aku dah tahu..) desis dalam hati Haziem

"okie la,,, aku nak pergi dekat Amir dan Amirul. Malas nak kacau korang. Okie di aku chow dulu." kata Haziem. Dia pun berlalu pergi.

Setelah Haziem pergi ke Amir dan Amirul. Hadi masih kusyuk bermain dengan pembarisnya. Norly hanya melihat saja Hadi.

"oi, Amir, Mirul. Hari ade drama ala-ala korea." beritahu Haziem kepada Amir dan Amirul.

"ape kau merepek ni." kata Amir.

"kau ni. tu tengok tu." Haziem menunding jarinya ke arah Hadi dan Norly. Amir dan Amirul terkejut bila melihat mereka berdua seperti ada something wrong.

"wah... ade drama ni. tak ley lepaskan." kata Amirul. Mata mereka bulat melihat Hadi dan Norly.

Hadi dan Norly, masing-masing masih membisu diri. Haziem, Amir dan Amirul hanya melihat  dari jauh.

(apa nak buat ni. Nak tanya ke tak nak tanya. kalau tak tanya melepas kau Norly.) desis hati Norly.

Hadi masih bermain dengan pembarisnya. Dia langsung tak menghiraukan Norly. Mungkin dia hanya menunggu Norly berkata sesuatu kepadanya.

"Awak. Tanya sikit boleh." Norly sudah mula bersuara.

"tanyalah."

"tapi awak jangan marah."

"la... tanya jer... saya tak akan marah awak lagi. kan saya ade janji dengan awak."

"erm... awak... awak... "

Tiba-tiba, Suzira dan Farah datang menyergah Norly daripada belakang dan membuatkan Norly terlepas kata-katanya.

"awak sayang saya macam mana?" Norly terus menekup mulutnya. 

Farah dan Suzira bertepuk tangan apabila Norly meluahkan perasaan di depan mereka. Haziem, Amir dan Amirul terus ke arah mereka. Akhirnya Norly telah luahkan kata-katanya. Apabila Haziem, Amir dan Amirul sampai ditempat Hadi dan Norly. Mereka bertanya kepada Farah dan Suzira apa yang terjadi. Selepas Farah dan Suzira menceritakan. Mereka semua tergelak kecuali Norly.

"ape lagi Hadi. cakap la cepat. aku tak sabar ni." Kata Amirul.

"eh kau ni. kau pulak yang lebih-lebih." marah Suzira. 

"asal, kau cemburu ke.  kau nak aku luahkan perasaan aku kat kau." Amirul memandang ke arah Suzira.

"eh! plez la! ngan kau! er...! not my taste!." marah Suzira kat Amirul.

"ele.. jual mahal pulak minah ni. tak nak diam." Amir menghentikan pergaduhan Amirul dan Suzira.

Mereka semua senyap sebentar. Hadi kali ini memandang Norly dengan tajam. Norly pula tertunduk bila Hadi pandang begitu tajam dengannya. Norly hanya menunggu sahaja jawapan Hadi.

"saya..." Hadi bersuara.

"ape-ape." Haziem, Amir dan Amirul mendekatkan kepalanya dengan Hadi. Tiba-tiba, kepala  mereka diketuk oleh Farah dan Suzira. 

"korang ni gelojoh la. Kalau iye pun, bagi dia jawab dulu. bongok!" marah Farah.

Haziem, Amir dan Amirul hanya mengosok-gosok kepala sendiri. Mana tidaknya, kalau diketuk kepala oleh Suzira dan Farah memang sakit. 

"Saya sayang awak sebagai...."

"sebagai ape, sebagai ape?" kali ini Haziem, Amir dan Amirul tidak lagi diketuk kepala. Hanya ditutup mulut mereka oleh Farah dan Suzira. Senyap sikit.

Norly masih ternanti jawapan dari mulut Hadi. Dia hanya tunduk dan dahinya berkerut. Hadi hanya memandang Dia. Hadi tahu bahawa dia nak sangat Hadi katakan yang dia sebagai...

"Saya sayang awak sebagai kekasih hati saya." terus terang Hadi bercakap.

Terbeliak mata Norly bila Hadi berkata begitu sambil memandang muka Hadi.

"Betul?" tanya Norly

"Ye, awak kekasih saya sekarang." jawab Hadi.

Haziem, Amir, Amirul, Farah dan Suzira bertepuk tangan kegembiraan. Hadi hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya. Sudah lama Hadi tidak mempunyai kekasih. Hadi sebenarnya teringatkan kata-kata abangnya 'Jangan sampai terlepas. kalau terlepas dah tak ada makna'. Akhirnya Norly telah berjaya menawan hati Hadi.

****

LOCENG sekolah telah berbunyi. Hadi mengemas buku-buku tulisnya yang ada di atas mejanya. Lepas itu Hadi menyangkut beg sekolahnya di bahu. Sebelum Hadi sampai di keretanya. Tiba-tiba Haziem memanggil sambil berlari ke arahnya.  Dia meminta tolong dengan Hadi sesuatu yang penting.

Semasa Hadi memandu keretanya keluar daripada sekolah, Dia terlihat Norly yang seperti menunggu sesuatu di pondok telifon awam. Dia menghentikan keretanya dihadapan sedikit supaya Norly tidak perasan. Semasa Norly sedang menelifon seseorang, Hadi mendengar rungutannya.

 "ish... asal pak cik Man tak angkat ni. aku dah telifon banyak kali dah ni. aduh... sape la nak ambik aku."

"saya boleh." sapa Hadi.

"eh. Hadi, tak balik lagi ke?" tanya Norly sambil tersenyum kepada Hadi. Dalam hati dia mula sejuk bila melihat muka Kekasihnya muncul.

"tak, ade hal sikit kat dalam sekolah tadi."

"owh...."

"jom la, saya hantarkan." pelawa Hadi.

"eh. tak pe, tak pe. nanti menyusahkan awak aje..."

"mana ade. kalau awak tak nak tumpang, kecik nanti hati saya." jawab Hadi. Dia memasang jerat pada Norly, supaya terima pelawaannya.

"erm... okie la... saya tumpang.Tapi, betul tak menyusahkan awak?" tanya Norly balik.

"betul la. dah la, jom." Hadi terus memegang tangan Norly dan menjemput Norly masuk ke dalam keretanya. Akhirnya jeratnya menjadi.

Sewaktu dalam kereta, mereka hanya membisu. Tidak tahu apa nak cakap. Hanya 'Lagu Kita' yang memecahkan suasana. Semua bermain dalam fikiran. Hadi hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sekali sekala tu, ada la juga dia melihat Norly.

Sampai di depan rumah Norly, mereka berdua turun daripada kereta. Sebelum Norly masuk ke dalam rumahnya, dia menayakan sesuatu kepada Hadi.
"Betul ke awak sayang saya." tanya Norly.

Belum sempat Hadi menjawab, Norly berlari masuk ke dalam rumahnya. Hadi hanya mengaru-garukan kepalanya. Dia pun masuk dalam kereta dan pulang ke rumahnya. Apabila Norly sudah menjejak kakinya di rumahnya, Datin Zaliha dan Pak Man terkejut bila melihat Norly balik.

"eh. Budak ni. masuk tu bagi la salam." sapa Datin Zaliha.

"assalamualaikum mak, pak man." jawab Norly. Dia memeluk maknya.

"hai... lain macam je ni. Ada pape ke. hah, kamu naik dengan sape tadi?" tanya maknya.

"dengan my super hero..." jawab Norly.

"sape super hero tu?" tanya maknya.

"secret." jawab Norly. Norly terus beredar menaikki tangga rumahnya untuk ke biliknya.

Pada hari tu Norly Bahagia sangat. Akhirnya hadi menerima seadanya. Dia sengaja tanya Hadi seperti itu tadi. Supaya dia dapat dengar Hadi selalu cakap sayang kat dia.

****

Sampai di rumahnya, Hadi turun daripada keretanya. Adira sudah berdiri di depan pintu rumahnya. Hadi  hanya melihat kakaknya daripada garaj keretanya dengan penuh rasa terkejut.

(hai... macam marah je kakak aku tu. ish! tak kan pergi sekolah marah, tak pergi sekolah marah. argh! janji aku tak akan melukakan hati kakak aku lagi.) desis hati Hadi.

Hadi melangkah kakinya sampai ke depan pintu rumahnya yang kakaknya sedang menunggu.

"Adik pergi mana tadi? lambat balik." tanya Adira dengan muka yang tiba-tiba tersenyum.

(aih... tadi nampak marah, ni okey dah. herm... mesti something wrong ni.) desis hati Hadi.

"Hadi pergi hantar kawan akak..." jawab Hadi. Dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah. tiba-tiba langkahan Hadi berhenti apabila Adira berkat...

"kawan or girlfriend?" tanya Adira. sambil duduk di luar pintu rumahnya.

(alamak... tak kan akak aku tau. ish! tak mungkin la.)

"asal berhenti?" sapa Shahir.

Hadi melihat wajah Shahir dan Adira di sebelah kirinya sambil tersenyum. Senyuman yang ada makna bagi Hadi.

"girlfriend kan...." tanya Shahir.

Hadi menelan air liur. Dengan pantasnya dia berlari menuju ke biliknya. Shahir dan Adira hanya melihat saja gelagat Hadi. Yang peliknya, macam mana Abang dan Kakaknya boleh tau.

Selepas mandi dan solat. Dia baring di atas katil. Cahaya matahari menyinari biliknya.

"ish!Akak dan Abang ipar aku tu macam tahu je aku hantar Norly. Tak mungkin lah. Tapi mati lah aku! kalau ibu tahu ni, mesti tanya beribu kali kat aku." desis Hadi.

Di ruang makan Hadi dan keluarganya makan tengahari. Tetapi Adira, Shahir dan Datin Zima asyik tersenyum kat Hadi.

(ish! yang semua pandang aku ni kenape. mesti ade something wrong.) desis hati Hadi.

"ni kenapa pandang Hadi ni... nak ape?" tanya Hadi. Dia mungkin tak selesa bila dipandang sewaktu makan.

"Hadi..." Ibunya bertanya dengan suara manja.

"aih... lain macam je ibu."

"Ibu tanya, hadi jawab."
"erm... apa dia?" Hadi menayakan sambil mengambil gelas di sebelah pinggangnya lalu minum.

"siapa gadis yang Hadi hantar tadi?" Tanya Ibunya.

Hadi yang terkejut mendengar soalan Ibunya tersembur kepada Shahir. Habis muka Shahir terkena.

"Ya Allah, Hadi. habis kene suami akak." kata Adira.

"tu lah.. mengitip Hadi lagi." kata Hadi.

"hehehe... tak sengaje. mase tu ter intip." kata Shahir.

"Banyaklah dia punye tak sengaje." marah Hadi. 

Shahir terus ke bilik air untuk mencuci mukanya. Adira meneman Shahir. Hadi pula terpaksa cari jalan untuk mengelak daripada menjawab soalan ibunya. Tetapi tak berjaya. Dia terpaksa menceritakan kepada Adira, Shahir dan Ibunya. setelah selesai Hadi mencerita.

"Ibu..." kali ini Hadi bersuara manja.

"erm... dah tau dah..." jawab Ibunya.

"Ibu dah tahu ape?"

"Adik kau ni macam biasalah. Nak keluar mesti mintak duit."

"ish, Hadi ni,,, akak baru nak ajak Hadi jumpe dengan Abang Daus and Akak Ema." Kata Adira.

"itu tahun depan ley  pergi." usik Hadi.

"Hadi...." Adira buat suara manja.

"yela, yela... esok kite pergi." jawab Hadi.

"Hadi nak pergi mana lepas ni?" tanya Shahir.

"entahlah. Haziem yang mintak hadi ikut dia ke sesuatu tempat. Kali ni dia ambil."

Kemana Haziem hendak bawa Hadi pergi ya?

Isnin, 13 Disember 2010

Perlukah Cinta Remaja?

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi Abez la kan, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta tu. hehehe...
 
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana diorang mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan diorang.

Namun remaja sepatutnya mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Diorang sepatutnya mengikut perasaan remaja diorang dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya diorang tak tahu mengapa dan Kenapa diorang bercinta. Alam percintaan memanglah indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini  dah ibaratkan mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tak tahu apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin.ahahah... Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan
bukannya emosi. Setiap peristiwa ade permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, diorang pulak mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. akakakah.... matila semua laki nak lafazkan seribe kali sehari... Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

Lawak 1!

SAKSI YANG PASTI
Di sebuah mahkamah... peguambela sedang mempertahankan anak guamnya yang
dituduh membunuh dengan menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang
juga seorang
doktor...
"Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal
dunia, Saudara telah memeriksa denyut nadinya?"
"Tidak," jawab si doktor.
"Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian
lehernya, atau nafas pada hidungnya?"
"Saya tidak melakukannya!"
"Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk
memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"
"Sama sekali tidak!"
"Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan
bahwa ianya sudah meninggal dunia?"
"Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamber..
"Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan...
"Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya
melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal
dunia? Apakah tidak
mungkin sebenarnya mangsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka
dia meninggal dunia?
"sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari
badannya dan hatinya telah dikeluarkan.... pasti mengetahui keadaan mangsa
ketika itu" Jawab
si doktor.
SAUDARA
 
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki
kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
 
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.
 
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?

NAK KAHWIN LAGI

> Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
> Antara alasan yang diberikannya:
> Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
> Isteri : Kenapa pula?
> Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
> isteri (is three). Baru betul dan sah!.
> Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
> Suami : Berkenaan apa tu?
> Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
> Suami : Contohnya?
> Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
> Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
> Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
> Suami : Macam mana pula boleh sama?
> Isteri : Satu isteri abang MAMPU,
jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS > tambah "s" je, kan ? 
> Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


I made this widget at MyFlashFetish.com.