Halaman


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 11 Disember 2010

KEHENDAK Si Gadis YANG JEJAKA PERLU TAHU

SETIAP GADIS MENGIDAMKAN PASANGAN YANG SEMPURNA. GADIS HARI INI JUGA NYATA LEBIH TELITI DALAM MEMILIH PASANGAN HIDUP.MALAH, RAMAI JUGA JEJAKA YANG MENGELUH DENGAN MENGATAKAN BAHAWA GADIS SEKARANG BEGITU CEREWET UNTUK MEMBUAT PILIHAN.

Hakikatnya, siapa sangka bahawa dengan cara ini si gadis dapat membentuk sikap jejaka agar lebih menghargai wanita. Ada kalanya si gadis meragam, jejaka jangan mudah melenting dan bertindak mengikut emosi. Kali ini Abez The Photographer | OFFICICAL BLOG | ingin berkongsi ilmu dengan para jejaka agar lebih peka dengan kehendak wanita dalam mencari cinta sejati.

1. BERMANJA-MANJA
Mungkin tidak semua gadis yang bersifat manja. Malah si jejaka perlu tahu bahawa sifat manja sememangnya begitu subjektif. Walaupun pada zahirnya ada segelintir wanita tidak dapat tunjukkan sifat itu di hadapanmu. Lelaki perlu tahu bahawa wanita idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama-sama.

2. MAHU DIPUJUK
Ada yang mengatakan bahawa wanita agak.....'mengada-ngada' ketika merajuk. Hal ini berlaku kerana si gadis mahu pujukan dari seorang lelaki. Malah, pujukan itu juga perlulah ikhlas dan datang dari hati.
 
3. KEJUTAN
Setiap wanita impikan kejutan daripada teman lelakinya. Hal ini bukan bermakna lelaki perlu menyembunyikan sesuatu kepada teman wanitanya dan jangan buat si gadis tertanya-tanya, maklumlah tidak senang duduk dibuatnya. Malah cuba untuk melakukan satu kejutan yang boleh menggamit memori indah ketika bersama dahulu. Sedikit tip dari Abez The Photographer | OFFICICAL BLOG |, apa kata kamu berikannya sesuatu yang manis seperti kek, coklat atau ais krim sebagai kejutan. Dan ini akan membuatkan si gadis merasakan 'betapa manisnya dia dimata kamu'.

4. PERHATIAN
Siapa yang tidak mahukan erhatian dari teman lelakinya. Perhatian yang dimaksudkan ialah satu rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pasangan. Elakkan dari memerhatikan setiap gerak-gerinya kerana ia akan menyebabkan wanita menjadi rimas dan mudah bosan.

5. KESETIAN TEMAN LELAKI 
Apabila bercakap mengenai kesetian. Tidak semua pasangan mempercayai 100% kesetian yang ditonjolkan pleh kekasihnya. Hal ini berbalik kepada hati dan niat masing-masing. Kepada si jejaka, jangan terus menjadi buaya darat yang sentiasa mencari mangsanya. Berhentilah daripada menyakiti hati wanita. Manakala si gadis pula, hentikan drama 'bermuka-muka' agar kamu lebih disayangi.

6. KASIH SAYANG 
Kasih sayang sememangnya tercipta sejak dari azali lagi. Mungkin interprestasinya  berbeza malah cara dan kesinambungannya perlu selari untuk menjadi kasih sayang kamu terhadap si dia terjalin indah. Mungkin kamu tidak tahu bagaimana untuk meluahkan kasih sayang. Malah letakkan kasih sayang kamu kepada keiklasanmu terhadapnya. Mungkin ia akan lebih berhasil.   

7. MELINDUNGI
Sebagai seorang wanita sememangnya mereka memerlukan perlindungan dari laki. Malah lelaki jangan ambil endah dengan keselamatan si gadis. Mungkin kamu pernah melihat filem 'Super Hero' yang menjadi kegemaran semua wanita. Bukan apa, Si Gadis idamkan sifat melindungi yang terpancar di setiap babak serta heronya yang sedia membantu untuk melindungi wanita idamannya tanpa mengira masa mahupun keadaan.


8. SOKONGAN
Sokongan yang padu amat penting dalam sesebuah perhubungan. Jika kamu tahu minat dan cita-cita teman wanitamu. Jangan cuba menghalang, malah berikannya kebebasan untuk membuat pilihan merealasikan cita-citanya. Di situlah si gadis memerlukan sokongan daripada teman lelakinya kerana setiap apa yang cuba kamu katakan itu sememangnya memberi semangat buatnya untuk terus maju dan mencintai dirimu.


9. MAMPU MEMBIMBING KE JALAN YANG LURUS
si gadis pasti akan rasa lebih selamat kalau si jejaka mempunyai iman di dada. kadang rupa tak hensem tak apa, yang penting boleh membimbing ke arah jalan yang lurus.


10. MENERIMA SEADANYA
Setiap yang sempurna pasti ada cacat celanya. Tetapi apa yang pasti, sifat menerima seadanya itu sangat penting bagi seseorang gadis dalam menilai cinta seseorang jejaka terhadap dirinya. Walau bagaimanapun kehendak si gadis hanyalah satu, mereka mahukan dirinya diterima seadanya. Apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya dan bukan kecantikan paras rupanya.


SETAKAT INI SAJA SAYA MAMPU BERKONGSI. KALAU ADA SALAH DAN SILAP, SAYA MEMOHON MAAF. DARI Abez The Photographer | OFFICICAL BLOG |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.