HARAP MAKLUM
Bab2:Apakah,Ini Cinta?
Norly duduk termenung ke tepi tingkap.Mata dan hidungnya masih kemerahan kerana menangis.Dia mungkin masih terkejut akan kemarahan Hadi.Termenungnya terhenti apabila Hadi menegurnya.
"Assalamualaikum,Norly." Norly tidak memandang ke wajah Hadi. Hadi hanya mengaru-garu kepalanya.
(Aduh.. macam mne ni?) soal hati Hadi.
"awak masih marahkan saya lagi?" Norly tetap tidak memandang wajah Hadi. Hadi mula rasa bersalah. Jari Hadi meletakkan di dagu Norly. Hadi memandang wajah Norly yang masam tu.
"Sorry pasal semalam... saya tak sengaja nak tengking awak.."
Air mata Norly mula mengalir di pipinya. Dia cuba menahan tetapi dia tak dapat lagi menahan kesedihannya. Kedua-dua tangan Hadi menyapu air mata Norly yang mengalir itu. Bahu Hadi dipukul-pukul Norly.
"Ke...kena...pa,a...wak wat saya macam ni....SAYA BENCI AWAK!SAYA BENCI AWAK!.."
Norly berkata-kata sambil teresak-esak. Dia bingkas bangun dari kerusi dan keluar daripada kelasnya. Hadi pun terus mengejar Norly. Hadi terus meragut tangan Hadi. Norly berpusing dan dipeluk Hadi.
"awak jangan macam ni... okey,saya janji saya tak kan marah awak macam tu lagi."
Hujan mula turun membasahi bumi. Hadi dan Norly habis basah disebabkan hujan. Hari tu Hadi meminta maaf juga kepada Haziem , Amirul , Amir. Dan Hadi mengatakan kepada Haziem. Tapi apa Hadi katakan.
****
Hadi membawa sepupunya Haziem dengan kereta BMW new series kepunyaan dia. Kereta itu hadiah hari jadi daripada Ibu dan Abahnya.
"Woi... Hadi, Kite nak pegi mane ni?" dahi Haziem berkerut.
"ala... kau ikut jek..." Hadi hanya tersemyum melihat Haziem yang ingin tahu kemana Hadi nak bawanya.
Tiba sahaja di rumah yang besar. Barulah Hadi memberitahu.
"Aku nak ambik Norly dgan kawan dia. Aku dah janji dgan kawan dia, nak bawak pergi tgk wayang. Itu cara nak pujuk dia. Tu pasal aku bawak kau."
"Lek eleh... Bende macam ni pun kau nak sorok ngan sepupu sendiri ape." Haziem menrungut.
"Tapi kawan dia kau tak tau lagi." Hadi keluar daripada kereta. Haziem tidak sempat nak menanyakan Hadi siapa kawan Norly tu.
(sape kawan Norly tu... Asal Hadi nak sangat ikut dia. Aduh..! asal aku bedebar-debar pulak ni. Relek Ziem kau perlu cool...) dalam fikiran Haziem.
Hadi yang di luar membuka pintu bahagian belakang. Hati Haziem mula berdegup kencang. Dia menyapu mukanya. Tiba-tiba mata Haziem ditutup oleh tangan yang halus.
"Assalamualaikum Haziem, ingat saya lagi tak?" dengan nada suara yang manja.
"Waalaikummussalam."(aduh sape pulak ni. tapi aku macam kenal jer.. hemm) ujar dalam hati Haziem. Haziem dah tau. Dia terus meneka dengan teragak-agak.
"Asfyra kan." Haziem memegang tangan yang menutup matanya lalu melihat gadis itu. Ternyata tekaan Dia tepat.
"kenal pun saya... ingat dah tak kenal." Asfyra hanya senyum melihat Haziem.
Hadi dan Norly hanya ketawa kecil sahaja. Mereka saja nak pertemukan mereka bedua. Asfyra ialah gadis yang Haziem cuba pikat pada waktu dahulu. Tapi hadi dan Norly tidak berkata-kata dalam kereta. Hanya Haziem yang terlalu gembira berjumpa dengan Asfyra.
Dipanggung wayang Hadi membeli 6 tiket cerita Cuti-cuti Cinta. Tapi siapa punya lagi dua tiket. sedangkan mereka berempat. Hadi telah membahagi kepada mereka. Tapi Haziem pelik dengan lagi dua tiket.
"Hadi sape punye lagi dua tiket." dahi Haziem berkerut.
"ade la. kau tunggu jer dulu."
Tiba-tiba mereka mendengar suara.
"Assalamualaikum." Amirul dan Amir memberi salam.
"Waalaikummussalam. hah, sampai pun. nah tiket korang." rupa-rupanya tiket itu untuk AMirul dan AMir.
"lek eleh... mamad dua orang ni punye tiket.. ku ingatkan sape tadi." ujar Haziem.
"woi! ingat kau ngan awek kau jer nak tengok. kiteorang pun nak tengok" Amirul dengan marahnya.
(mentang-mentang la awek yang dia cube pikat ade. nak belagak pulak. hemm... menyampah aku.)ujar didalam hati Amir sambil melihat Asfyra memeluk lengan Haziem.
"dah la. jom masuk" Haziem terus masuk dengan Asfyra. Amir dan Amirul hanya mengekori dari belakang.
(eh. Haziem ni. agak-agak la nak tarik anak dara org tu.) ujar didalam hati Hadi sambil melihat gelagat Haziem yang terlalu gembira berjumpa dengan Asfyra.
Hadi dengan Norly saja yang di luar. Hadi hendak mengekori Haziem tapi melihat Norly yang tak melangkah kakinya dan hanya tersenyum saja. Hadi berasa hairan.
"assalamualaikum, cik adik tak nak masuk ke?" ujar Hadi kat Norly.
(eleh... malu-malu kucing ngan aku pulak.)dalam hati Hadi mengata
"waalaikummusalam, jom lah."
"jom." Hadi terus memimpin tangan Norly dengan erat masuk ke dalam panggung.
****
Selepas Hadi menonton wayang dan menghantar pulang Norly,Asfyra dan Haziem sepupunya. Dia pun pulang ke rumah besarnya.
"assalamualaikum." Hadi menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"waalaikummussalam, hah, balik pun anak Ibu." jawab Ibunya.
Hadi hanya tersenyum pada Ibunya. Hadi melangkah kakinya menaikki tangan.
"Hai... gembire nampaknye adik kakak."
"eh... kak Adira... bila sampai?"
Kakak nya iaitu Adira baru saja sampai dengan suaminya Shahir daripada New Zealand.
"Baru jer sampai... hah, yang kau ni dari mana, tersengih-sengih sorang-sorang ni kenapa?"
"Hadi baru lepas tengok wayang la... Abg shahir mane?"
"Ada tgh mandi."
Hadi pun beredar dari situ.
"oi...akak tak abis tanya lagi." (Tak berubah-ubah adik aku sorang ni.. hemm... rindunya masa dia kecik.)
Adira terkenang kembali zaman Hadi kecik.
"Akak! akak okey tak." Adira terjatuh daripada basikal.
"Hadi... kaki akak sakit."
Hadi terus memangku akaknya hingga ke rumahnya. sanggup betul Hadi memangku Akaknya yang berat tu. Malumlah itu saja akak kesayangannya.
"Akak duduk kejap... Hadi nak ambik peti kecemasan." walaupun masa itu hadi masih kecik tapi dia bijak.
"Adira!! kenape ngan kaki kau nak..." ibunya terkejut melihat kaki anaknya berdarah.
"eh, akak kenape ni."abahnya juga terkejut. Hadi terus berlari ke kakaknya dengan kotak peti kecemasan.
"ibu abah tepi." Hadi terus mencuci luka pada kaki Adira. walaupun penat tetap Hadi memberi pertolongan kecemasan.
Teruk jugak Hadi kena marah dengan abah dan ibunya. Tapi Hadi tak kisah. Bukan salah Hadi, Adira yang nak sangat naik basikal Hadi. Dah tak tau nak jugak naik. kesian Hadi hari itu.
Lamunan Adira terhenti bila ditegur Ibunya.
"hoi... Jauh melamun. Melamunkan apa?"
"tak ada la Ibu, Dira teringatkan Hadi masa zaman kecil. Cepat betul masa berlalu. hemm..."
"owh... sekarang Hadi dah remaja... dia dah tau mana buruk dan yang mana baik."
kelopak mata Adira mula berair bila Ibunya cakap seperti itu. Dia sayang sangat adiknya Hadi.


bab yg ni best, ad kisah aku sket .. hha ..
BalasPadamhahaha,,
BalasPadam